Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Baiki Gajet – Intake 1 (Minggu 11)
11 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Baiki Gajet yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-11 ini bertujuan untuk mempelajari tentang masalah biasa komputer dan cara penyelesaian serta alat baik pulih dan kegunaannya.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan sebelum ini. Pada kelas minggu ke-11, peserta telah mempelajari tentang masalah dalam penggunaan sesebuah komputer dan cara menyelesaikannya serta alatan-alatan yang kerap digunakan untuk membaik pulih komponen dan kegunaan setiap alatan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: